INFORMASI INSPIRASI KOMUNITI TIP STRATEGI BISNES DIGITAL BINA ILMU BINA JENAMA BINA MASA DEPAN

AAMILY TERBANG TINGGI

KOMUNITI

Damia Zya

9/9/20261 min read

AAMILY TERBANG TINGGI

Umurnya baru 11 tahun, tetapi suaranya sudah sampai ke Dubai dan United Kingdom.

Namanya Nur Aamily Saffiya binti Muhd Zabari Izyan, murid SK Permatang Tok Mahat. Kecil-kecil orangnya tetapi kalau diberi mikrofon, boleh tahan.

Februari lalu dia berucap di Dubai dan pulang dengan pingat perak. Ogos, dia terbang pula ke University of Surrey di United Kingdom. Kali ini bukan sahaja menang emas Public Speaking, malah menjadi antara tiga peserta terbaik keseluruhan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Saya suka melihat anak-anak begini. Bukan semata-mata kerana pingat yang dibawa pulang, tetapi kerana pada usia 11 tahun, dunianya sudah begitu luas untuk diteroka.

Semalam saya singgah bertemu Aamily dan keluarganya. Kali ini saya bawakan sebuah iPad untuk membantu pembelajarannya dan mudah-mudahan menjadi teman untuk dia terus meneroka lebih banyak perkara.

Sebagai Menteri Pendidikan, inilah keyakinan yang kita mahu tumbuhkandalam diri anak-anak kita. Berani mencuba,berani bercakapdanberanimasuk ke ruangyangbaharu

Sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal pula, saya tumpang bangga lebih sikitlah. Ini anak kita.

Terus terbang tinggi Aamily.

© 2026 The Ledger. All rights reserved.