INFORMASI INSPIRASI KOMUNITI TIP STRATEGI BISNES DIGITAL BINA ILMU BINA JENAMA BINA MASA DEPAN

MHO DESAK KPN SERAGAMKAN SIASATAN KES KELDAI AKAUN
Sekumpulan kira-kira 20 individu yang mendakwa menjadi mangsa...
MHO
ADMIN
10/13/20261 min read



Pegawai Khas MHO, Abang Sufri Mahmud, merayu kepada Ketua Polis Negara supaya mengeluarkan prosedur 0perasi standard (S0P) atau pekeliling bagi menyelaraskan siasatan kes keldai akaun yang kini melibatkan laporan polis di pelbagai daerah.
Menurut beliau, terdapat lebih 100 laporan polis berkaitan kes berkenaan dan penyatuan siasatan penting bagi mempercepatkan proses keadilan serta mengelakkan mangsa terus berdepan kesukaran.
Beliau menegaskan bahawa mangsa keldai akaun tidak semestinya dalang penipuan, sebaliknya ramai yang dipercayai terperangkap akibat tawaran pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud.
Abang Sufri turut menjelaskan bahawa antara modus operandi terkini ialah tawaran bayaran kepada pelajar untuk membuka akaun bank secara digital, manakala kes terdahulu banyak melibatkan penipuan pinjaman dalam talian.
Sementara itu, seorang mangsa berkongsi penderitaan selepas terjebak dalam penipuan pinjaman ketika berusaha mendapatkan wang untuk rawatan ahli keluarga yang menghidap kanser. Mangsa mendakwa masih berdepan lima kes, dengan tiga telah selesai manakala dua lagi masih tertangguh.
Lebih membimbangkan, mangsa mendakwa tidak dapat memperoleh akaun bank, sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan dan menyukarkan urusan mencari rezeki.
MH0 berharap pihak polis dapat mempertimbangkan penyatuan laporan daripada pelbagai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kepada satu siasatan yang diselaraskan, di samping membantu mangsa mendapatkan penyelesaian terhadap status akaun bnk mereka.
Tegas Abang Sufri, mangsa keldai akaun perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana mereka juga berhak mendapat keadilan dan peluang untuk meneruskan kehidupan.



© 2026 IPKTV MEDIA (AS0519148-P). All rights reserved.
