INFORMASI INSPIRASI KOMUNITI TIP STRATEGI BISNES DIGITAL BINA ILMU BINA JENAMA BINA MASA DEPAN

PENJAJA KECEWA 25 TAPAK BAZAR DEEPAVALI DIBERI KEPADA "PERSATUAN HANTU"
Sekumpulan penjaja meluahkan rasa kecewa terhadap DBKL...
KOMUNITIPOLITIK
ADMIN
10/2/20261 min read



PENJAJA KECEWA 25 TAPAK BAZAR DEEPAVALI DIBERI KEPADA PERSATUAN DIPERTIKAI
BRICKFIELDS: Sekumpulan penjaja meluahkan kekecewaan terhadap DBKL berhubung pemberian 25 tapak niaga Bazar Deepavali kepada sebuah persatuan yang didakwa tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Puan Nurul bersama rakan-rakan penjaja meminta DBKL membatalkan pemberian tapak tersebut dan memberi keutamaan kepada penjaja sedia ada yang benar-benar ingin menjalankan perniagaan sempena Bazar Deepavali pada Oktober ini.
Menurut mereka, keputusan itu dibuat tanpa makluman atau perbincangan dengan penjaja di Brickfields yang selama ini menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.
Mereka turut mempersoalkan bagaimana sebuah persatuan yang didakwa tidak berdaftar boleh diberikan 25 tapak niaga, selain meminta DBKL menjelaskan siapa yang akan menggunakan tapak tersebut.
Penjaja berkata, persatuan yang benar-benar mewakili peniaga juga hanya menerima 25 tapak sedangkan jumlah penjaja yang memerlukan tapak jauh lebih ramai.
Mereka berharap DBKL menyemak semula kelayakan setiap persatuan dan memastikan tapak niaga diberikan secara telus kepada penjaja yang benar-benar menjalankan perniagaan.
Penjaja turut meminta DBKL memberi peluang kepada mereka untuk berniaga sendiri, bukannya menyerahkan tapak kepada pihak yang didakwa tidak mewakili penjaja tempatan.



© 2026 IPKTV MEDIA (AS0519148-P). All rights reserved.
