INFORMASI INSPIRASI KOMUNITI TIP STRATEGI BISNES DIGITAL BINA ILMU BINA JENAMA BINA MASA DEPAN
RM 50 JUTA KHAS UNTUK WARGA INDIA
USAHAWAN
Damia Zya
9/9/20261 min read



..https://vt.tiktok.coyoB4A
KUALA LUMPUR, 9.9.26, Bank Rakyat menyediakan dana sebanyak RM50 juta menerusi inisiatif Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i bagi membantu usahawan berbangsa India yang layak di seluruh Malaysia.
Senior Vice President Bank Rakyat, En. Mohd Azhar, berkata inisiatif itu diwujudkan khusus untuk menyokong peniaga dan usahawan India, termasuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.
Beliau berkata, Bank Rakyat turut menawarkan Halal Suite, iaitu kemudahan pembiayaan kepada usahawan yang mempunyai aspirasi untuk membawa perniagaan mereka ke arah pensijilan halal.
Menurutnya, proses mendapatkan sijil halal memerlukan usahawan memenuhi pelbagai syarat dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sehubungan itu, Bank Rakyat bukan sahaja menyediakan pembiayaan, malah menawarkan khidmat nasihat berkaitan persediaan premis, dokumentasi, bahan mentah, pembekalan serta proses permohonan pensijilan halal.
Sebagai contoh, katanya, usahawan yang memerlukan kos sehingga RM200,000 hingga RM300,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dapur boleh mendapatkan pembiayaan yang bersesuaian.
Mohd Azhar berkata, Bank Rakyat turut mempunyai Bank Rakyat Entrepreneur Development serta lebih 50 kakitangan yang berperanan sebagai auditor halal bagi membantu usahawan membuat persediaan awal sebelum permohonan dikemukakan kepada JAKIM.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Bank Rakyat bukan bank yang hanya dikhususkan kepada orang Melayu atau orang Islam.
Sebaliknya, katanya, Bank Rakyat terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, dengan syarat aktiviti perniagaan serta perkhidmatan yang digunakan mestilah mematuhi prinsip Syariah.
Beliau turut menggalakkan masyarakat mengenali lebih dekat perkhidmatan Bank Rakyat kerana institusi itu bersedia membantu pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pekerja dan usahawan daripada perniagaan berskala kecil, sederhana mahupun besar.
Mohd Azhar menyifatkan program anjuran UMEC di Menara Arina Uniti itu sebagai satu inisiatif yang proaktif dan produktif dalam usaha menyantuni serta memperkasa golongan usahawan.
Beliau berharap lebih ramai usahawan mengambil peluang mendapatkan khidmat pembiayaan, nasihat dan bimbingan yang disediakan Bank Rakyat bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
