INFORMASI INSPIRASI KOMUNITI TIP STRATEGI BISNES DIGITAL BINA ILMU BINA JENAMA BINA MASA DEPAN

SELAMATKAN ANAK SAYA AIDIL
Aidil sakit dan xsihat ketika kali terakhir menghubungi ibunya....
PEMERDAGANGAN MANUSIA
ADMIN
9/23/20261 min read



MHO DESAK TINDAKAN LANJUT TERHADAP KES PELABURAN
PUTRAJAYA, 23.9.26, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Peguam Negara memberi perhatian dan mempertimbangkan tindakan lanjut berhubung beberapa kes pelaburan yang didakwa menyebabkan kerugian besar kepada mangsa.
Menurut MHO, seramai 210 mangsa mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM101.7 juta menerusi program pelaburan saham i-RPS yang dikaitkan dengan tiga syarikat tempatan.
MHO berkata, walaupun beberapa individu berkaitan telah didakwa, terdapat sebuah lagi syarikat yang mempunyai kaitan dengan individu sama namun masih belum dikenakan pertuduhan.
Dalam perkembangan lain, seramai 66 mangsa turut hadir memohon maklum balas mengenai siasatan terhadap sebuah syarikat yang menawarkan pelaburan hartanah, dengan jumlah kerugian didakwa mencecah RM3.16 juta.
MHO berharap Jabatan Peguam Negara dapat memberi penjelasan mengenai status siasatan serta mempertimbangkan tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi melindungi kepentingan mangsa.



© 2026 IPKTV MEDIA (AS0519148-P). All rights reserved.
